Sunday 5 February 2012

Riwayat Nur Muhammad Kunjungi Dunia


Berita Alam Ghaib 8: Riwayat Nur Muhammad Kunjungi Dunia


Sambungan dari entri: Malaikat Maut Dan Hakikat Kematian (sila klik jika belum baca)


Entri ini akan mengisahkan mengenai riwayat Nur Muhammad yang datang berkunjung terhadap empat unsur ciptaan Allah swt, iaitu: Air, Api, Angin dan Tanah atas perintah Allah Yang Maha Esa.

Untuk mengatahui apakah itu Nur Muhammad, sila klik 2 entri dibawah ini untuk kefahaman yang lebih jelas:


Baiklah, kita sambung semula…
Pertama sekalinya, Nur Muhammad datang mengunjungi angin, dikala itu Nur Muhammad melihat angin sedang bermegah-megahan bertiup serta berputar-putar. Setelah mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu angin berhenti dan lalu membalas salamnya.

Angin taufan yang amat dahsyat
Kata Nur Muhammad : "Hai angin, jika engkau sedar dan mengetahui kadar darjat dirimu, nescaya engkau tidak akan bermegah-megahan sedemikian itu. Tahukah engkau kerendahan dirimu?"

Jawab angin dengan rasa terkejut : "Tidak, aku merasa puas dengan diriku!"

Kata Nur Muhammad : Tahukah engkau hai angin, meskipun engkau mempunyai tenaga yang cukup besar dan mempunyai kekuatan yang luar biasa, akan tetapi engkau pada suatu ketika nanti akan dapat diperintah oleh manusia dan engkau akan melayani kehendak manusia".

Kata angin : Jika begitu, engkaulah makhluk yang tidak cacat celanya mempunyai martabat yang tinggi.

Kata Nur Muhammad : Tidak hai angin, aku adalah makhluk Tuhan yang tidak sunyi daripada kesalahan. Hanya Allah Tuhan yang Maha Suci daripada sifat kerendahan dan kekurangannya.

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi api pula. Dilihat api sedang berkobar menyala -nyala dengan dahsyatnya! Maka setelah mendengar Nur Muhammad mengucap salam, lalu api berhenti dan menjawab salamnya.

Larva Gunung Berapi
Kata Nur Muhammad : Mengapa engkau membanggakan dirimu dengan kekuatanmu, apakah engkau tidak tahu, bahawa akan datang kelak, kekuatanmu yang begitu luar biasa dan tenagamu yang begitu dahsyat akan digunakan untuk keperluan manusia?

Mendengar kata Nur Muhammad demikian, terkejutlah api kerana ada lagi makhluk yang lebih kuat lagi daripadanya.

Kata Api kemudian : Kalau begitu, beruntunglah engkau. Rupanya engkau makhluk yang mulia di sisi Tuhan.

Kata Nur Muhammad : Tidak, aku adalah makhluk ciptaan Tuhan. Hanya Dia lah Yang Maha Mulia dan Maha Besar yang patut mendapat pujian dari Makhluk-Nya.

Kemudian Nur Muhammad datang mengunjungi Air, dilihatnya air sedang memuaskan dirinya diperlihatkan tenaganya dan kekuatannya. Mendengar Nur Muhammad mengucapkan salam lalu berhenti dan membalas salamnya.

Ombak air laut yang bergulung gulung
Kata Nur Muhammad : Hai air, tahukah engkau akan kekurangan dirimu?

"Tidak" jawab air dengan terkejut.

Kata Nur Muhammad : Tahukah engkau pada suatu ketika, pada saat yang lama, engkau akan digunakan tenagamu untuk kepentingan hidup manusia?

Kata Air : Jika demikian, Engkaulah makhluk yang mulia.

Jawab Nur Muhammad : Tidak, aku tidak lebih hanya sebagai makhluk Allah. Hanya Allahlah yang patut menerima pujian dan sanjungan dari makhluk-Nya.

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi bumi (tanah). Dilihatnya bumi tenang-tenang saja tidak nampak langsung sifat sombong dan bongkak. Ia membalas salam dengan hormat ketika Nur Muhammad mengucap salam.

Bumi (tanah) merupakan sumber segala unsur
Kata Nur Muhammad : Akulah Nur Muhammad yang kelak akan menjadi kekasih Tuhan Rabbul 'Alamiin. Diantara keempat unsur makhluk Tuhan, hanya engkau sahaja yang mempunyai sifat Tawaddhu' iaitu merendahkan diri.

Kemudian Nur Muhammad kembali ke hadirat Tuhan melaporkan kunjungannya kepada keempat-empat unsur makhluk Tuhan itu.

Kata Allah Ta’aala : Semuanya sudah aku ketahui. Oleh kerana itu aku bermaksud akan menjadikan tubuh Adam dari tanah dan aku campurkan pula tiga macam unsur itu iaitu: air, angin dan api.

Demikianlah riwayat Nur Muhammad.

Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: 4 Unsur Dalam Tubuh Manusia

Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

0 Komen:

Post a Comment

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris