Berita Alam Ghaib 14: Adam Dan
Hawa Dikeluarkan Dari Syurga (Bahagian 1)
Riwayat asal
mengatakan, pada zaman dahulu kala iaitu beribu-ribu tahun sebelum adanya
manusia, sudah ada makhluk yang mendiami dunia ini iaitu JIN. Mereka terdiri dari jenis lelaki dan perempuan dan ada yang
beragama dan ada juga yang tidak. Mereka diwajibkan juga beribadat kepada Allah,
sepertimana Firman Allah di dalam surah Az-Zariyat ayat 56:
وَمَا خَلَقْتُ
الْجِنَّ وَالْإِنْسَ
إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi/beribadat
kepada-Ku."
Maka untuk lebih
jelas, cuba para pembaca baca surah Al-Jin di dalam Al-Qur'an iaitu surah yang
ke 72, juzuk yang ke 29. Dalam surah itu ada menceritakan secara jelas mengenai
Jin dan keadaannya.
Diceritakan juga
di dalam riwayat, diantara keturunan jin yang bernama "Azzazil",
dialah yang paling taat kepada Allah. Jin-jin itu umurnya sangat panjang mampu
mencapai puluhan ribu tahun.
Demikian keadaan
Azzazil di bumi iaitu dia beribadat kepada Allah selama 1000 tahun. Kemudian
setelah itu, diatas permohonannya kepada Allah, maka Azzazil dipindahkan pula
ke atas langit. Maka dilangit pertama ini ia beribadat kepada Allah sehingga
1000 tahun lamanya. Kemudian ia dipindahkan pula lagi ke langit yang kedua,
dilangit kedua ini ia beribadat sehingga 1000 tahun juga. Dan seterusnya sampai
kelangit yang ketujuh. Jadi jumlah masanya Azzazil beribadat bermula dari bumi
sehingga ke langit yang ketujuh adalah 8000
tahun. Tidak sedikit waktu, bukan?
![]() |
Tiada manusia yang mampu mengalahkan ibadat yang dilakukan oleh Azzazil (Iblis) |
Maka dengan kurnia
Allah swt, Iblis telah dinaiki pangkatnya mendapat gelaran kehormatan "Al-Muqorrobuun", itulah darjat
yang paling tinggi di sisi Allah samada buat golongan manusia mahupun golongan
Jin malah golongan malaikat sekali. Setelah Azzazil mendapat pangkat "Al-Muqorrobuun"
di sisi Allah, lalu ia diangkat pula menjadi Imam ibadat buat para malaikat
yang berada di seluruh langit. Demikianlah kedudukan atau darjat Azzazil disisi
Allah.
Untuk dijadikan
cerita, ketika Allah menyuruh semua para malaikat untuk bersujud kepada Adam, maka
Azzazil menolak, ia tidak mahu sujud kepada Adam itu dengan alasan katanya dia
lebih baik atau lebih bagus daripada Adam.
Hakikatnya apa
yang dikemukakan cuma alasannya sahaja, yang sesungguhnya ia merasa iri hati. Mengapa
Adam makhluk yang baru dicipta itu yang
akan dijadikan Khalifah secara tiba-tiba? Apakah sumbangannya sebelum ini?
Mengapa dia yang sudah begitu lama umurnya, dan sudah lama ibadatnya, serta
lebih tinggi martabatnya tidak dijadikan khalifah? mengapa? mengapa?!
Kerana sifat
bongkak dan iri hatinya itu, maka Allah swt terus mengusirnya keluar dari
syurga lalu Allah namakan dia Iblis dan menukar tubuh badannya menjadi sangat
hodoh, hina dan keji. Setelah itu, Iblis mengeluarkan ancamannya iaitu mahu menyesatkan
Adam sehinggalah ke anak cucunya, lalu ia dinamakan syaitan (nama sifat jahat).
Demikianlah riwayat Iblis yang asalnya keturunan Jin dan kemudian menjadi
Syaitan. Maka dapatlah kita simpulkan bahawa Iblis itu raja terhadap segala
Syaitan (kejahatan).
![]() |
Kejahatan manusia tidak akan dapat menandingi kejahatan Iblis |
Tersebut di dalam
Al-Qur'an bahawa setelah Adam dan Hawa menjadi suami isteri, kedua-duanya bebas
bertempat di dalam syurga. Walaupun keduanya boleh tinggal dan makan minum
dengan sesuka hati, namun ada sesuatu yang dilarang bagi keduanya iaitu memakan
buah-buahan kekal iaitu buah Khuldi.
Sebenarnya buah khuldi
itu hanyalah kiasan sahaja, sesungguhnya semua buah tidak ada yang berada tetap
ditangkainya, pasti ia akan gugur. Kecuali buah yang ada pada badan manusia
sahaja seperti buah halkum, buah dada, buah zakar dan sebaginya. Itulah
dinamakan buah khuldi. Begitulah pendapat 'Ulama didalam tafsir Al-Fairuz Zabadi.
Jadi, apa yang
dilarang oleh Allah di dalam syurga itu bukanlah memakan buah dari pohon-pohon
yang biasa. Tetapi dilarang memakan buah yang "Kekal" itu (adakah
bermakna tidak boleh bersetubuh?)
Cubalah
perhatikan Firman Allah di dalam surah Al-A'raf ayat ke 22:
فَلَمَّا ذَاقَا
الشَّجَرَةَ بَدَتْ
لَهُمَا سَوْآتُهُمَا
"Tatkala
keduanya telah merasakan pohon itu, nampaklah bagi keduanya
aurat-auratnya".
Maka di dalam
ayat ini jelas sekali Tuhan mengatakan "Dzaaqosy syajarota", ertinya
merasakan batang pohon, dan bukan dikatakan "Dzaaqots tsamarota".
Dalam pengertian buah itu bukan dimakan, tetapi cuma dirasakan oleh tubuh. (Maaf,
mereka dibawah umur dilarang mendalami semua ayat-ayat yang tersirat ini).
Jadi kesimpulannya
adalah, "Adam dilarang bersetubuh dengan Hawa". Kerana di syurga itu bukanlah
tempat untuk mereka melahirkan anak kerana tempat untuk melahirkan adalah di dunia
sahaja.
![]() |
Tempat untuk melahirkan zuriat hanyalah di dunia sahaja. |
Sudah jelas
Allah swt menjadikan manusia lelaki dan perempuan adalah untuk bersetubuh dan melahirkan
keturunannya (itu adalah fitrah). Tetapi, apa yang menjadi persoalannya adalah,
mengapa pujukan syaitan itu yang diturutinya oleh Adam dan Hawa? Padahal
sebelumnya Allah telah berpesan dengan jelas sekali:
وَلَا تَقْرَبَا
هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ
"Janganlah
kamu berdua mendekati pohon ini,"
Tetapi pujukan
atau ajakan syaitan itulah yang mereka turuti, malah larangan Allah pula
diabaikannya. Hanya disini sahaja terletak kesalahannya.
Memang Adam dan
Hawa, para malaikat serta iblis sudah tahu bahawa pada suatu saat nanti Adam
dan Hawa harus turun kebumi, kerana mereka akan menjadi khalifah dimuka bumi.
Bilakah harinya? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Oleh kerana itu,
ketika Iblis membangkang perintah Allah lantaran tidak mahu sujud kepada Adam lalu
dia dipecat dari jawatannya sebagai Imam "Al-Muqorrobuun", dan diusir
dari syurga.
Kemudian secara
diam-diam Iblis mencuri masuk kedalam syurga dan cuba memperdayai Adam dan Hawa
agar keduanya menjadi derhaka kepada Allah. Kemudian ternyata Adam dan Hawa
termakan hasutan syaitan itu, maka mereka pun mendapat hukuman Allah swt, lalu
mereka meninggalkan syurga dan diturunkan ke bumi.
![]() |
Keadaan di bumi tidak sama sekali sama dengan keadaan di syurga. Dunia penuh dengan pancaroba |
Menurut riwayat,
Adam diturunkan ke bumi pada tanggal 10 muharram. Maka, di waktu malam yang gelap
gelita, Adam dan Hawa harus turun ke bumi termasuk iblis. Dengan bercucuran air
mata, mahu atau tidak mahu Adam dan Hawa harus menerima nasibnya.
Pada malam
itulah Jibril membawa Adam dan Hawa turun ke bumi. Adam diturunkan di bukit
Ruhun di Surandib atau pulau Sailan (mungkin juga di gunung Sri Lanka), sedangkan
Siti Hawa pula diturunkan di Jeddah. Begitulah akibatnya kedua insan yang telah
melanggar larangan Allah swt harus berpisah dari segala kesenangannya di
Syurga, dan kini mereka menjalani kehidupan yang baru yang serba sukar. Meredah
onak dan duri, cuaca yang tidak menentu, makanan yang sukar dicari malah amat
sekali berbeza dengan kehidupannya didalam syurga!
Tersebut didalam
riwayat, setelah Adam diturunkan ke bumi, hampir seratus tahun lamanya Adam dan
Hawa tidak bertemu. Mereka bukanlah seperti kita mempunyai telefon bimbit,
kapal terbang, kapal laut mahupun apa-apa alat untuk mencari satu sama lain.
Bagaimanakah episod kehidupan mereka berdua? Bagaimanakah cara mereka bertemu?
Anwar Suran Post - Feb 2012
ternanti-nanti episod kedua..
ReplyDeleteAnwar Suran, cepatlah update sambungan ke-2... tak best la bace cerita bersambung ni... update cepat tau!
ReplyDeleteCepat sikit tulis bahagian kedua. Puas dah tunggu ni..
ReplyDelete-Mail Botak-
Kejap-kejap... tengah type sikit jer lagi ni... banyak sangat ayat Al-Quran yang saya tengah nak 'cut & paste' untuk bahagian 2. Harap bersabar =)
ReplyDeletebole bg penerangan sikit
ReplyDeletemohon berkongsi entry ini di blog saya. terima kasih
ReplyDelete