Wednesday 15 February 2012

10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu


10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1.                Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2.                 Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

Kenduri kahwin masyarakat melayu

3.                 Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.                 Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.                 Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.                 Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.                 Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

Jemaah Haji (sekadar gambar hiasan)

8.                 Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.                 Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.               Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Home – Feb 2012


Share:

16 comments:

  1. entri yang sgt bagus.. keep up your good work!

    ReplyDelete
  2. Dah lama saya tinggal dunia blog, 2002 kot. Sumpah blog kamu ni bermanfaat... silent reader pun banyak, carta alexa pun kamu dapat top 2000... hanya tak sampai 30 entri kamu dah dapat top 2000 bagi blog di Malaysia. Kalah blogger lain yang tulis lebih dari 500 entri tapi tak dapat sambutan dari silent reader. Ayuh, dayung cepat-cepat, hidup Islam!

    ReplyDelete
  3. LIKE comment @khairi manan

    ReplyDelete
  4. @beE_ChaN Thanks 4 your supporter beE_ChaN, insyaallah saya akan improve lagi kualiti blog ni, kamu pun buat la blog jugak k :)

    @Khairi Manan Betul ke Khairi? Top 2000? Saya pun tak perasan, pakai update je hehe. Silent reader tu saya perasan la (banyak dari Malaysia, Indonesia dan Brunei) tapi alexa saya tak tengok la pulak. Pape pun saya hargai sangat sokongan dari kamu. Thanks a lot ya :)

    ReplyDelete
  5. saya tak reti nak karang ayat..huhu..xpelah just jadi follower kamu je cukuplah..insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. @beE_ChaN Thanks sudi jadi follower :)

    ReplyDelete
  7. yang no.10 tu byk dah sy nmpk skarang..nauzubillah... harap2 saya takkan jadi macam tu lepas dah berumahtangga...insyaAllah

    ReplyDelete
  8. @beE_ChaN Kecantikan itu depend atas mata suami.. kalau suami kata pakai baju kelawar itu cantik so pakai jer la, kalau suami kata pakai baju ketat itu cantik so teruskan jer la asalkan dalam rumah jer. Kecantikan itu bukanlah yang terpampang dalam cover depan majalah yer... tetapi apa yang suami inginkan. Itu sahaja. Simple bukan? :)

    ReplyDelete
  9. yup..Islam itu mudah.. off topic jap ye.. sy ada add encik admin dalam fb. tapi tak approve lagi.. famous sgt kot tuan tanah ni? hehe

    ReplyDelete
  10. @beE_ChaN Eh? Add profile yang mana ya? Cuba add balik kat profile fb saya kat widget sebelah atas kanan tu semula. Ins'lah saya approve =)

    @SiLabiLabi Betul... hehe :)

    ReplyDelete
  11. tuan tanah ada byk fb acc ke? sy add yg anwar suran punya profile..

    ReplyDelete
  12. @beE_ChaN Okay, nanti add balik kat akaun nie ya: https://www.facebook.com/people/Anwar-Suran-Post/100000190813053

    Thanks :)

    ReplyDelete
  13. okay...saya dah add..plz accept ya..tq

    ReplyDelete
  14. aslm,terima kasih, Anwar Suran saya dpt banyak manfaat dan pelajaran drp menbaca blog nie..

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris