Thursday 9 February 2012

Pernikahan Nabi Adam Di Dalam Syurga


Berita Alam Ghaib 12: Pernikahan Nabi Adam Di Dalam Syurga


Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 11 (sila klik jika belum membacanya lagi)


Kita sudah tahu bahawa kejadian Adam iaitu diciptakan dari tanah yang asli. Disamping itu, kita juga perlu ketahui bahawa ada beberapa perbezaan di antara kejadian Nabi Adam dan juga Siti Hawa (isteri Nabi Adam A.S).

1. Adam dijadikan tanpa ibu dan bapa

2. Nabi Isa a.s ada ibu tetapi tanpa bapa,

3. Adapun manusia seumumnya mempunyai ibu dan bapa, meskipun tanpa nikah!

Kesemuanya itu adalah hikmat dan kekuasaan Tuhan.

Riwayat lain menerangkan, setelah Adam kembali berabadi di taman Syurga, ketika itu Adam dapat menikmati keindahan alam. Dilihatnya dua ekor burung hinggap di ranting pohon sambil bercumbu-cumbuan.

Ketika itu terdetik di dalam hati Adam: "Alangkah indahnya jika aku mempunyai teman sebagaimana burung itu". Sedang Adam leka dilamun khayalan seperti itu, tiba-tiba datang angin syurga yang bertiup sepoi-sepoi basah, segar dan nyaman, lalu.... Adam tertidur disitu tidak sedar lagi sambil duduk bersandar disebuah kursi.

Dikala itu Adam bermimpi bertemu seorang wanita yang amat cantik sekali, hingga Adam jatuh cinta kepadanya.  Alah maha mengetahui apa yang dirasakan oleh Adam. Maka ketika Adam tertidur, Allah telah menciptakan seorang perempuan yang cantik rupa parasnya, yang serupa dilihat di dalam mimpi Adam.

Akibat terlihat pasangan burung, akhirnya Nabi Adam berangan ingin mempunyai teman seperti burung itu
Menurut riwayat yang muktamad, wanita itu telah dijadikan dari tulang rusuk Adam yang disebelah kiri.

Sebagaimana Firman  di dalam Surat Ar-Rum ayat 21 :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir".

Demikian keterangan ayat itu, bahawa seseorang isteri akan diciptakan dari diri lelaki itu sendiri, yang tentunya dari diri Adam itu juga sendiri.

Baiklah kita sambung semula mengenai Adam yang sedang tidur, mimpi dan masih belum sedar, rupanya masih sedang asyik di dalam mimpi indahnya.

Ketika itu, muncullah seorang gadis cantik jelita laksana bidadari datang mendekati Adam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, berwajah cantik dan raut tubuh yang molek dan menarik dengan gaya yang sangat elok.

Memakai pakaian yang indah-indah serta perhiasan emas intan berlian (bukannya berbogel seperti tanggapan barat). Ditatapinya wajah Adam yang tengah tidur lena dengan perasaan ghairah, berahi dan kasih mesra di lubuk hatinya. Dipandangnya lama-lama, ia tidak berani membangunkan, dan akhirnya Adam terbangun sendiri. Sungguh Adam terkejut riang, melihat rupa orang yang sedang menatap berdiri berdekatannya, malah amat serupa dengan wanita didalam mimpinya! Apakah dia masih berada dalam mimpinya? Tidak, Adam bukan mimpi lagi. Ini benar-benar kenyataan, sungguh taksub benar Adam melihatnya. Matanya tidak berkedip-kedip memandang wajah gadis itu sehingga membuat gadis itu tunduk malu-malu, dan menjadi merah pipinya, yang menambahkan kecantikannya.


Wajah dan susuk tubuh Nabi Adam jauh lebih sempurna berbanding artis-artis lelaki pujaan wanita masa kini!

Dengan lemah lembut Adam bertanya: "Siapakah engkau hai orang cantik? dan siapakah namamu? dan apakah maksud tujuanmu?"

"Aku, adalah seorang perempuan, tujuanku untuk menemani engkau, namaku? terserah kepada engkau yang memberi nama padaku".

Begitulah jawab gadis ini dengan suara manis, manja sehingga kelihatan giginya yang putih bak bayangan gelas, lalu dibalas senyumnya oleh Adam sambil berkata: “Terima kasih, kalau begitu aku namakan engkau Hawa".

Keduanya beradu pandang, mata bertemu mata, kemudian timbullah antara keduanya rasa cinta dan kasih sayang di dalam hati masing-masing.

Seketika itu Adam menjadi teramat berahi, rupanya Adam tak tahan lagi, tiba-tiba tangannya akan merangkul Hawa serta akan menciumnya.

Kemudian terdengar Firman Allah SWT:

Janganlah engkau menyentuh dia, sebelum engkau aku nikahkan dengan dia!
Kemudian  Allah  menitahkan malaikat supaya berkumpul, akan merasmikan pernikahan Adam dengan Hawa. Maka disaat itulah diadakan upacara pernikahan Adam dan Hawa. Dinikahkan oleh Allah swt dengan ijab qabul serta maskawin, emas dan perak yang diambil dari syurga dan disaksikan oleh malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izra'il dan malaikat Almuqarrabun serta disaksikan juga oleh para malaikat lainnya.
Sememangnya sudah menjadi lumrah seorang wanita mahukan emas malah semenjak dari syurga lagi
Selesai aqad nikah, keduanya diizinkan bertempat tinggal didalam syurga, khusus untuk mereka berdua.

Alangkah beruntungnya kedua pengantin, tinggal ditempat yang baru dan semuanya serba baru, makan dan minum serba nikmat, serta kesihatan yang terjamin.

Demikianlah kisahnya Adam menikah di dalam Syurga.


Sekian Terima Kasih

Bersambung di entri: Berita Alam Ghaib 13

Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

15 comments:

  1. hurmmm...artis lelaki pujaan wanita=FAHRIN AHMAD? rasanya sekarang dah tukar kot... AARON AZIZ..hehehe....

    ReplyDelete
  2. haha..ombak taubat lagi best..hehe

    ReplyDelete
  3. Ombak taubat tu bukan lagu orang edit ke? :)

    ReplyDelete
  4. Pernah, best... edit lagu macam tu la baru kena dengan kita :)

    ReplyDelete
  5. saya rasa nak suggest kat pengarah2 malaysia ni supaya buat filem "ombak taubat" plak..hehe..mesti rating lebih dari "ombak rindu".. huhu

    ReplyDelete
  6. suka baca entri ni byk2 kali..sebab ada pic fahrin ahmad.. *wink

    ReplyDelete
  7. Adam dan Hawa sudah menikah. Ini kontra dengan cerita Adam dikeluarkan dari surga karena merasakan buah kuldi.

    ReplyDelete
  8. Cerita ini kontra dengan cerita Nabi Adam dikeluarkan dari Surga. Sudah menikah tapi ndak boleh bersetubuh ??? Aneh sekali ??, dan tidak dijelaskan berapa harikah setelah menikah Adam dan Hawa mendekati pohon Kuldi ?

    ReplyDelete
  9. Aneh sekali dan terlihat kontra antara cerita nikah dengan Nabi Adam dikeluarkan dari Surga. Apakah merasakan pohon kuldi itu adalah sebuah pendapat ?????, Sudah menikah tapi tidak boleh berdekatan ???. Mohon tanggapan.

    ReplyDelete
  10. @Matahari Surya

    cerita ni kisah bagaimana adam & hawa bernikah...yakni senelum mereka makan buah khuldi dan di turunkan ke bumi.apa kontra nya?

    ReplyDelete
  11. @OT girls Terima kasih kepada OT girls kerana sudi menjawab pertanyaan2 komentar2, Alhamdulillah. Riwayat ini hanya mengisahkan penciptaan serta pernikahan Nabi Adam dan Hawa di dalam syurga. Mengenai Adam dan hawa termakan buah khuldi itu anda boleh bacanya disini. Tiada apa yang kontra dengan kisah-kisah dari sumber rujukan lain. Harap maklum, terima kasih.

    ReplyDelete
  12. saya suka la baca entry ni. lebih kurang mcm penceritaan dia perfect. menarek. ramai org tak tahu sangat sekarang kisah2 yg bg sy detail mcm ni. tp maybe pernah tahu n lupa apabila meningkat usia. sy kdg2 suka ikot ceramah2 berunsur keagamaan, katanya ust tu, ilmu dunia mmg kita kena cari, itu mcm makanan otak kita jgk n jgk yg kita kena cr makanan rohani.makanan rohani ni kita akan dapt melalui pembacaan, tzkirah n jgk ceramah2 keagamaan yg terkesan dihati kita. lps tu, kena jgk kita praktiskan kalu xpraktis lebih kurang mcm tak terkesan di hati kita.

    ReplyDelete
  13. Bermula..,

    "Tiada Bapak Tiada Ibu", itulah kejadian Nabi Adam AS.
    "Ada Bapak" Tiada Ibu, itulah kejadiannya Siti Hawa..
    Tiada Bapak "Ada Ibu", itulah kejadiannya Nabi Isa AS...
    "Ada Bapak Ada Ibu", itulah kejadian Manusia Bani Adam....

    Allahu'alam.....

    ReplyDelete
  14. Menarik..cuma dr mana sumbernya

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris