Tuesday 14 February 2012

Cukai Haram Di Sisi Islam


Cukai Haram Di Sisi Islam


Kerajaan sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN

SEREMBAN 21 Jun – Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim.

Katanya, sasaran baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini, bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta. Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta. – Bernama

Sumber :  Utusan Online, 21/06/2011


Cukai Haram Di sisi Islam

Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” (HR Ahmad, Abu Daud & Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (HR Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti  Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis!  Wallahu a’lam.


Sekian Terima Kasih

Anwar Suran Home – Feb 2012

Share:

9 comments:

  1. siannya rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. @nemo Bukan rakyat malaysia sahaja malah mana-mana negara kapitalis pun sama...

    ReplyDelete
  3. @www.terbaik.my Dipersilakan, tetapi jangan berkongsi URL gambar (takut memberikan kesan pada bandwitch) dan juga jangan lupa letak sumber atau kredit dari blog saya ya. Itu sahaja :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    errr bukan ker pd zaman pemerintahan rasulullah s.a.w. pon guna cukai utk pndapatan b pmbangunan negara? maaf kalo tesilap (igt2 lupe). mohon betolkn mne yg slh... :-)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. mohon pandangan lain dan ingin berkongsi pendapat.
    jika cukai dimansuhkan, bagaimana dengan bukan islam?
    umat islam ada pilihan lain selain membayar cukai, iaitu membayar zakat (sama ada zakat harta /zakat pendapatan). jika cukai dimansuhkan, orang selain islam akan terus kaya kerana mereka tak perlu beringat dalam mengumpul kekayaan.

    ReplyDelete
  7. Cukai dlm sistem ptdbirn islam adalah zaman khalifah Umar RA. Yg sempit akal utk bangunkn negara. Cukai dkena bg yg layak sahaja. Faham sistem cukai. Anda akan tahu kaeaahnya. ....mcm mn jika tanpa cukai...zakat khas utk 8 asnaf sahaja... Anda fahamkah Sistem zakat... Tanpa cukai...negara gagal bfungsi sbgai sebuah negara yg kuat...pndidikn ..pthanan..infrastruktur...kesihatan dll. cukai dpungut dgn adil...dgn kesedaran cukai utk mnyumbg demi negara yg kita cintai n diami... Adalah anda faham sistem takaful.... Juga utk kongsi susah senang dklngn ahli atau rakyat...TOLONG FAHAM UTK NEGARA. Adalah anda boleh bertugas sbgi guru tanpa gaji yg tetap. Atau pjwat awam dgn gaji yg tetap...seorg peniaga tanpa perlu utng...islam agama adil n for all...bukan sempit seperti yg anda faham dgn hanya 2 hadis itu...bgimn asbab nuzul ayat n hadis..perlu jauh lagi anda bljar utk islam n ummahnya

    ReplyDelete
  8. Jgn smpit akal...islam agama spnjng zaman

    ReplyDelete

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea My Cahaya Post. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform saya melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.

Bilangan Pelawat

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Entri Terlaris